Fly it until the last piece stops moving.

It's better to be down here wishing you were up there, than up there wishing you were down here.

Tuesday, July 31, 2012

supervice experience.





hari ni aku dan budak2 kelas ada SE (supervise experience). kiteorang dibahagi beberapa kumpulan. Then, setiap group akan masuk berlainan ward. Group aku dapat C15 that is respiratory ward. hohoho... dengar je ward tuh terus terbayang Madam Saroja... our lecturer~ hewhewhew.. takde la. dye ajau tajuk sume berkaitang dengan respiratory. And.. kiteorang ni tak berani nak buat yang bukan2 dengan dye. Yang paling aku stress, dye  jd clinical instructor group aku. perghh! apa lagi..malam sehari sebelum SE sume duk pulun nota2 berkaitan ngan respiratory. kot2 la esok dye datang nak tanye..lau tak dapat jawab tak ke haru? silap2 hari bulan dapat tambahan assignment.. owh no..assignment yang sedia ada pon tak terbuat lagi.. hehehe.. First masuk ward tuh.. whoa! dengar batuk sana..batuk sini. uhuk.. automatik hidung aku bagi reflect nak bersin. aisk.. taw la banyak microb, virus segala bagai. tapi, kena tahan jugak. sesape yang antibodi lemah kena pakai mask. Then.. CI yang jaga kiteorang yang comel lagi cun! nasib baik dye baik.. bleyh buat geng. :P then, aku ngan kawan aku buat prosedur dressing. senang je..just follow and remember the steps. ;)
after that.. pergi tengok doctor buat bronchoscopy... taw tak pe tu bronchoscopy? meh sini che nak cite meh..


  • Bronchoscopy is a procedure that allows your doctor to look inside your lungs' airways, called the bronchi and bronchioles. The airways carry air from the trachea, or windpipe, to the lungs.
    During the procedure, your doctor inserts a thin, flexible tube called a bronchoscope into your nose or mouth. The tube is passed down your throat into your airways. If you have a breathing tube, the bronchoscope can be passed through the tube to your airways. You’ll be given medicine to make you relaxed and sleepy during the procedure.
    The bronchoscope has a light and small camera that allow your doctor to see your windpipe and airways and take pictures.
    If you have a lot of bleeding in your lungs or a large object stuck in your throat, your doctor may use a bronchoscope with a rigid tube. The rigid tube, which is passed through the mouth, is wider. This allows your doctor to see inside it more easily, treat bleeding, and remove stuck objects.

    faham tak? huhuhu.... first time aku tengok procedure ni live. kesian jugak tengok uncle tuh tahan sakit. cube bayang bahagian rongga lam hidung dan mulut kena masuk sesuatu. tak ke sesak? memang besar mata aku buka tengok tube tu masuk dalam trachea.. sampai je dekat bahagian bronchi dah nampak dah exudate melekat. banyak jugak. then, doctor masuk pulak kat bahagian bronchioles. ni bahagian lung sebelah kiri je. tapi doctor check both lungs. dekat bronchioles lagi banyak exudate. luka pon ada jugak. takut pulak aku tengok. huhuhuhu...doctor pulak kalau tengok dye control tube tuh macam main kereta yang guna remote control tuh. hahaha! mase tu jugak aku kena bagi therapeutic touch dekat patient. kuat gile dye genggam tangan aku sebab sakit. kesian pon ada tengok uncle tu. :'( hehehe..yang penting aku assist duk sebelah doctor. hewhewhew... then, lepas siap, bawak patient balik ward. aku tanye dia kenapa masuk ward? padahal soalan tu budak tadika boleh jawab. masuk sebab sakit la kan? hee... uncle tu dah lama masuk hospital. then, aku pergi lah check dye punye BHT ( bed head ticket ). rupanya he's active smocker and take 10 cigarettes a day !!! no wonder lah kan kena macam tuh. isk isk isk.. so... jejaka-jejaka di luar sana..dengan ini saya ingin memberitahu please stop smoking !!!!! bahaya taw ! banyak keburukan. memang tak nampkak lagi..nanti dah berumur baru taw pokok kelapa tinggi ke rendah. eh??? sampai di sana sahaja aku membebel. penat teramat SE time bulan puasa. kering tekak..haus~ sabar2... :D itu lah yang kami practise belajar sem 2 .. there's so many more~
    look at the trachea, infected bronchioles.

    macam ni la suasana dalam bilik tuh. (:



    please stop smoking !!!
    take care of your health !!!

Monday, July 30, 2012

berbuke puasa bersama tersayang (:

hari ni decide ngan roomate and kengkawan nak keluar..
actually teman dyeorang cari baju raya..
ye la..kiteorang an x dapat balik..
i mean kiteorang balik sehari sebelum raya.
sedih kan? sempat berbuke sehari je ngan family tersayang :(
kiteorang naik rapid penang , then turun kat komtar..
then kiteorang jalan pergi chowrasta.. penat kot jalan bulan2 pose ni.. T_T
punye la ramai orang kt chowrasta..nk beli barang2 raya kan...sesak smpai rase x ley bernafas..


then lepas dh dapat apa yang nak..kiteorang balik semula kat komtar..
amik bas pergi bukit jambul pulak..
nak try cari baju raya kat sana..huhu
penat kot dalam bas ayik berdiri dekat sejam.. =.=
lepas sampai terus pergi cari barang..
beli sabun shampoo segala bagai..


dekat lam pukul 6 petang kiteorang lepak2 kat Rasa Village kat Mydin.
lepas lelah sat..penat kot.. huhuhu
lepas tu pergi order makan nak berbuke...
punye lah ramai orang nak amik order..
aku tengok jam dah dekat 7.30
cuak jugak takut tak sempat nk berbuke..
Alhamdulillah sempat berbuke..


makan sampai tak tengok kiri kanan depan belakang.huhu
tak lapar sangat pon..just dahaga je lebih..
dalam kul 8 kiteorang terus gerak balik kolej..
last but not least macam tu lah al-kisah ku pada hari ini.
takde lah menarik sangat kan?



with teha (:

roomates. fit, teha (:

girls~

azuwa and kak ija..

semasa berbuka..x hengat apa dah. :P


Alhamdulillah dah Ramadhan ke-9
^____^


solat tahajud? jom baca !

Terjumpa article ni.. tak salahkan kongsi dengan sahabat-sahabat sekalian? Semoga kita mendapat pentujuk dan hidayah-Nya dan dapat dijadikan amalan... InsyaAllah.. (:

Tidak dapat dinafikan tidur adalah satu amalan yang perlu dan pasti bagi setiap insan yang menghuni alam yang fana ini.
Manusia bukannya enjin.
Ia tidak dapat bekerja tanpa rehat. Enjin boleh digerakkan tanpa rehat selagi perkara yang diperlukan olehnya seperti minyak dan sebagainya dapat kita penuhi.
Manusia walau pun mendapat cukup makan dan minum akan merasa penat sekiranya bekerja terus menerus tanpa rehat. Tanpa rehat, tenaga manusia akan terus berkurangan.
Cara berehat sebaik-baiknya bagi manusia bukanlah dengan berhenti bekerja, tetapi dengan tidur.
Melalui tidur tenaga manusia yang digunakan semasa bekerja dapat dipulihkan kembali kerana pada waktu tidurlah segala anggota yang diguna untuk bekerja berhenti daripada tugasnya.
Pentingnya tidur dan waktu rehat itu diakui Allah dengan firman-Nya yang bermaksud:
“Allahlah yang membelah Subuh dan yang menjadikan malam untuk rehat dan menjadikan matahari dan bulan untuk menjadi sumber segala perhitungan. Inilah ketentuan yang Maha Kuasa dan Yang Maha Mengetahui.” (Surah Al- An’am ayat 96).
Walaupun dalam ayat di atas Allah menyatakan malam untuk berehat, sebagai hamba Allah tidak seharusnya menggunakan waktu malam itu untuk tidur semata-mata.
Kita seharusnya ingat dan sedar kepada motif dan tujuan Allah menjadikan manusia.
Motif Allah menjadikan manusia jelas dinyatakan dengan firman-Nya yang bermaksud:
“Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat menyembah-Ku.” (Surah Az-Dzaariyaat ayat 56).
Daripada ayat di atas dapatlah kita mengambil pengajaran bagaimana kita harus menggunakan waktu malam. Jika pada siang kita menggunakan kira-kira 100 peratus masa untuk kerja dunia, pada waktu malam biarlah kita peruntukkan sebahagiannya untuk berhubung dengan Allah.
Dan cara yang sebaik-baiknya untuk berhubungan dengan Allah ialah bangun mengerjakan solat Tahajud atau sembahyang tengah malam.
Sesungguhnya, bangun di tengah malam untuk bertahajud banyak kelebihan dan besar pahalanya. Ini jelas dari Firman Allah yang bermaksud:
“Dan dari malam itu hendaklah engkau bangun Tahajud sebagai nafilah (ibadat tambahan) bagimu. Moga- moga Allah akan mengang kat mu ke tingkat yang terpuji.” (Surah Al-Israk ayat 79).
Amalan untuk bangun bertahajud adalah satu perbuatan yang amat berat untuk mengerjakannya.
Keadaan tubuh yang letih dan lesu menyebabkan sesetengah orang itu tidur seperti mati tidak sedarkan diri lagi walau pun puas dikejutkan.
Matanya akan bertambah mengantuk dan tubuhnya bertambah penat apabila mereka tidur lewat kerana asyik menonton televisyen.
Keadaan sejuk dan suasana sepi di tengah malam juga menjadi faktor seseorang nyenyak tidur dan merasa keberatan untuk berhubungan dengan Allah.
Satu persoalan yang boleh diketengahkan di sini ialah mengapakah Allah meletakkan waktu sembahyang Tahajud itu di tengah malam ketika suasana sunyi sepi dan penuh kesejukan? Jawapannya ialah untuk menguji sejauh manakah taatnya seseorang makhluk yang mengaku dirinya bertuhankan Allah.
Manusia yang betul-betul yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan bangun di tengah malam untuk bertahajud.
Sesungguhnya sembahyang Tahajud satu daripada sembahyang sunat saja. Tetapi sembahyang ini mempunyai nilai dan kedudukan yang tinggi sekali berbanding dengan sembahyang sunat lain.
Rasulullah bersabda: “Hendaklah kamu Qiamullail (solat malam) kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, dan mendekatkan diri kepada Allah, mencegah dari perbuatan dosa, dan menutupi dosa atau kejahatan dan mengusir penyakit dari badan.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Hakim dan Baihaqi) Tetapi sedikit sekali umat manusia yang mengaku dirinya ber agama Islam ini sanggup dan bersedia melakukan sembahyang Tahajud walaupun mereka sedar tingginya kedudukan dan nilai solat berkenaan.
Sesungguhnya manusia akan berlumba-lumba melakukan Tahajud jika dapat merasa betapa sedap dan nikmatnya melakukan amalan itu.
Kenyataan itu membuktikan bahawa peminat bola sepak akan bangun jam 2 pagi untuk menonton tayangan siaran secara langsung walau pun hanya keseorangan.
Ini adalah lantaran perasaan dan dorongan minatnya yang berkobar-kobar. Pada hal ula ngan tayangan kepada perlawanan itu biasanya akan dibuat pada waktu siang beberapa hari kemudiannya.
Tidak bolehkah perbuatan yang sama kita lakukan untuk bersembahyang Tahajud? Kita merasa keberatan untuk bangun melakukan sembahyang tersebut kerana kita tidak dapat merasai betapa lazat dan nikmatnya sembahyang Tahajud.
Keheningan malam seolaholah akan memberi kesempatan untuk merapatkan jurang perhubungan antara makhluk dengan khaliq.
Apa yang dibaca oleh seseorang ketika bersembahyang itu seolah-olah didengar dan mendapat layanan daripada Allah Yang Maha Kuasa.
Biasanya permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat diterima dan dilayan apabila tidak ramai yang memohonnya.
Oleh itu mohonlah keampunan dan limpahan dari Allah ketika orang lain sedang nye nyak tidur. Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat daripada Allah.



Kalau dilihatkan pada sirah Sultan Salahuddin Bin Ayubi dalam buku “Salahuddin Ayubi” karangan Abdul Latip Talib, pada malam hari (ketika perang berlangsung), sultan Salahuddin akan meronda khemah2 tentera beliau dan memastikan tenteranya beribadah; solat tahajjud dll. supaya memastikan pasukan tentera Islam sentiasa dibantu oleh Allah SWT.
Rasullullah sendiri bagun malam dan solat tahajjud sehingga bengkak2 kaki lalu ditegur oleh Siti Aisyah, kenapa solat sampai bengkak2 kaki padahal telah dijanjikan syurga.. tapi ap Rasullullah menjawab?
“Salahkah aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?”
Abu Hurairah R.A meriwayatkan RASULULLAH SAW bersabda :
”Tuhan kita turun SETIAP MALAM ke langit dunia pada SEPERTIGA MALAM terakhir, dan berfirman – Siapa yang BERDOA kepada-Ku PASTI AKU KABULKAN, siapa yang MEMOHON kepada-Ku PASTI AKU BERI, dan siapa yang MEMOHON AMPUN kepada-Ku, PASTI AKU AMPUNI !” (HR. Al-Jama’ah).
Amr bin Al-Ash meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda :
”Sedekat-dekat hamba kepada Allah SWT adalah PADA TENGAH MALAM TERAKHIR. Apabila engkau bisa termasuk golongan orang BERDZIKIR mengingat Allah SWT pada saat itu, maka lakukanlah ” (HR. Al-Hakim).
Salman Al-Farisi meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda :
”Kerjakanlah shalat malam, sebab itu adalah KEBIASAAN ORANG SOLEH sebelum kamu, JALAN MENDEKATKAN DIRI kepada Tuhan, PENEBUS KESALAHAN, PENCEGAH DOSA, serta PENGHALAU SAKIT ”.
“Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit. atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kapadamu perkataan yang berat. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan.” (QS 73:1-6)
Subhanallah ! Demikian besarnya keutamaan Shalat Tahajud. Marilah kita mulai rutin lakukan !

Sunday, July 29, 2012

Hanya yang Halal.




subhanallah...






‎Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.


Tapi..cukup lah bagiku agama yang ada padamu yang dapat membimbing aku dunia dan akhirat.

Barakallah..





SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.




SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.




YA ALLAH,
ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH
KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.


NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.


YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.


YA MUHAIMIN,
JIKA AKU JATUH CINTA,
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.


YA RABBANA,
JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.


YA RABBUL IZZATI,
JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.


YA ALLAH,
JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.


YA ALLAH,
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU


YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,
JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.


YA ALLAH,
JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,
JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.


Alhamdulillah~

Dear Past,

Thanks for all the lessons.


Dear Future,

I'm ready. (:





You can’t change the past. But you can always do better today & have a brighter tomorrow.

No matter how hard things seem, there is always something good around the corner.