Fly it until the last piece stops moving.

It's better to be down here wishing you were up there, than up there wishing you were down here.

Saturday, August 25, 2012

..

23 August 2012.
(:

Friday, August 24, 2012

waiting........

saya tunggu ! ;)
menunggu kenangan dari mesir. 

raya 2012 :)






17 august 2012.

Tepat jam 10.40 pm bas ke kuala terengganu bertolak dari perkarangan kolej kejururawatan pulau pinang. Punye la penat tunggu sampai siap tersilap naik bas budak2 dental, MA. Uhuhu.. malu seh.. -.- then bus kiteorang yan last sekali sampai and bertolak. Perjalanan dalam 8 jam jugak la. Pukul 7.30 pagi sampai terengganu. Then , my abah pick me up. Rindu abah sesangat. Ye la, ingatkan tahun ni tak dapat raya sekali ngan abah coz kena bertugas kat East Timo. But.. alhamdulillah dapat beraya dengan abah. Complete family. XD sampai je rumah aku terus basuh baju yang tak sempat terbasuh. Then kemas2 bertolak balik pahang. Penat toksah nak cakap la. Dalam kete aku asyik buat taik mata je.. hehehe. Around 5 pm sampai la kampung abah, raub. Excited jumpa sepupu sepapat coz dah lama tak balik sini. Biasa raya kat terengganu je kampung sebelah emak. Hukhukhuk.. malam tu kiteorang berhempas pulas pusing segala bagai buat rendang, bakar lemang, rebus ketupat, kacau dodol and bakar ayam ! hewhewhew..ada la dalam 5 ekor kot kiteorang balun ayam tu. Macam lepas geram selepas sebulan puasa. Hahahaha. Tapi kebanyakannya aku just tengok je and tolong la jugak. Tolong makan. Hehehe. Dah ramai sangat yang buat aku tengok je la.


19 august 2012.

Bangun awal siap2 nak beraya. Ngantuk sesangat.. semalaman mata terbukak je..huhu. selepas balik sembahyang raya and ziarah kubur opah dan atuk, mulalah sesi maaf-bermaafan and tuntut duit raya. Hewhewhew~ al-maklumlah dah besau2 ni kurenggg sikit dapat duit raya. Sobsobsob.. macam2 la adegan and ragam dieorang sume. :D lepas tu, sesi bergambar. Berpeluh taw photoshoot tengah2 panas. Mane la tak panas lau time tu memang 12 noon ! =.=’ lepas tu, kiteorang pergi umah moyang. Kat sebelah umah je. Eheh. Makan sampai tak bleh nak bangun then pergi umah kawan masa kecik2 dulu. Uhuk... mengeeratkan silaturrahim. :D  smpai petang la jugak jalan2. Balik tu sume terbongkang macam tak cukup nafas je. Hahahaha ! malam tu pulak buat suprise birthday dekat cousin2. 3 orang la birthday girl. Huhuhu.. honestly ! aku memang tak taw pon. Patut la petang tu dengar dyeorang cakap2 pasal malam ni. Aku ingatkan nak buat apa. Uhuk... gempak la jugak sampai birthday sebak and terharu. Hihihihi.... then kumpul ramai2 borak2, cite sana sini and usik segala bagai. Yang penting dyeorang sporting and happening !!!! aku asyik gelak je duduk sini. * dah lama tak balik kan cam ni la * :P


20 august 2012.

Petang tu keluar beraya lagi. Raya dan raya dan raya. Walaupun aku ni fizikal nampak besar tapi mental macam2 budak2. Still dapat duit raya. Suke suke! Hewhewhew. Malam selepas isyak, kami buat majlis tahlil tuk arwah opah, atuk, sedare2 yang dah pergi dulu menghadapNya. Sayu jugak la malam tu. 


21 august 2012.

Bangun pagi2 terus pergi KL coz nak lawat mak cik yang sakit. Dye ngan family tak dapat balik kampung coz mak cik sakit. So, kiteorang pergi lawat dye. Lepas zuhur kiteorang bertolak balik ganu. Seb bek jalan clear tak jammed. Hohoho... penat toksah cakapla. Sampai rumah terus tidur dengan perut lapar nye.. huhuhu

siblings :)

sepupu sepapat




umah opah~

Monday, August 13, 2012

iftar (:

12 August 2012


aku ngan roomates terchenta keluar pergi komtar. rancangannye nak beli tudung, barang-barang raya sikit. al-maklumlah hari tu je masa yang ada nak keluar cari semuanya. sejak dah masuk semester 2 ni agak busy. nak usha doctor pon tak sempat.. ekkk?? =.=' then kiteorang keluar la pergi komtar. sampai kat sana terserempak ngan kengkawan sekelas. hahaha... then, kiteorang decide nak jalan shopping sesama and berbuke puasa sesama. best berbuke ramai2. baru terasa meriah and nikmat berbuka puasa. hee....sampai sini saje. malas nak taip and cite panjang2. 


Selamat Berbuka Puasa !!! :D

us.. :D

:D

teha n me.

selambe je kiteorg duk sni amik pic. hee

budak makan byk. badan x besar2.. ^^,


Sunday, August 12, 2012

maharku untukmu.








Inilah maharku untukmu

Seperti ini kumampu

Sepenuh hati kuberikan

Sebagai wujud cintaku

Maharku untukmu tulus kuserahkan
Kepada dirimu satu yang kupilih
Maharku untukmu agung karunia
Yang Allah berikan padaku untukmu

Terimalah sebaris doa
Semoga engkau bahagia
Dan kunyanyikan lagu ini
Persembahan cinta suci

Sunday, August 5, 2012

sutera kasih (:

Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih
Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian
Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya

Saturday, August 4, 2012

InsyaAllah. (:

awak...saya nak bagi taw.tapi saya malu. dan takkan terluah selagi belum ada ikatan yang HALAL antara kita. (:




Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : "Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah." (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.


Allah taala berfirman :
“Dan tidak ada dosa kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahsia, kecuali sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang maaruf..”
(Al-Baqarah : 235)




Firman Allah S.W.T:
“Dan janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
(Al-Israa’: 32)

Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naiknya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang.
Bagaimana kita boleh menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber’couple’ sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina.
Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.
 so, marilah sama-sama kita muhasabah diri. semoga segala yang baik dijadikan ikutan. InsyaAllah..

Friday, August 3, 2012

teringin ???

tadi aku buke muka buku aka facebook. then, stalker lah page budak2 yang aku rasa hot.. hahaha. aku ni memang suke stalker-stalker nih. kebanyakan yang aku stalker, skodeng-skodeng semuanya yang study abroad. ^_____^ jadi, aku bertambah semangat nak stalker seangkatan dengannya. perkara first aku tengok dyeorang study kat mane amik course apa. hewhewhew..then, jari ni laju je pergi tekan album. ehem.. bukan nak tengok handsome ke tak. tapi nak tengok suasana belajar dyeorang kat sana macam mana. best je tengok main salji, pergi holiday kat negara-negara lain. aku entah la bile lagi nak sampai sana.huhuhu..mane la taw kot-kot nanti aku ada pergi kat tempat-tempat kat sana.. * berangan * tapi seriously.. aku jeles dengan dyeorang and kawan-kawan aku yang dapat scholarship and study abroad. seriously jeles. dua kali dah aku mention jelous aku ni. betapa jelous nye aku. :-/ tapi, aku bukan just tengok saje-saje.. terus mind aku memainkan peranan. dyeorang sebenaunya jadik pembakar semangat kat aku. membakar sampai api menyala merah-merah g2. :PP insyaAllah..kalau ada rezeki nak further study to the high level. like my lecturer said " i like your style and the way of your thinking. you have your own vision. i hope you will go to the highest level . not only finish your dip. tapi..terus naik ke next step. " hewhewhew..terharu aku bile lecturer cakap camtu untuk aku depan kawan-kawan dalam class. semakin berkobar-kobar semangat aku. so, i have setting my mind to go further more. aja-aja fighting !!! Al-ijtihadu asasunnajah ! :DD INSYAALLAH~








Thursday, August 2, 2012

puff !! puff !! puff !!




nyum! nyum!

inti dia kastard. sedap !!!!!








entry aku kali ni pasal sejenis kuih nih. kuih ni  memang feveret aku. aku pon tak taw sejak bile jadi suke and addicted kat kuih nih.. huhuhu. tiap kali pergi bazar kat belakang hospital kompem aku akan beli 2 atau 3 biji puff. inti kat dalam dia kastard. best taw! aku makan sampai jilat jari-jari. :) tapi kan....sejak 2, 3 hari ni setiap kali aku pergi mesti dah habis. sedih taw. penat-penat aku jalan naik jejantas nak pergi beli, dah sampai sana tengok dah habis. kecewa hati aku. tetibe je jadi sensitif sebab tak dapat puff. sampai abang yang jual tu pon setiap kali aku pergi beli mesti dia mintak maaf sebab dah habis. pergi lewat habis, pergi awal pun habis. huhuhu... setiap kali berbuke puasa mesti ada kuih tu. kalau takde rase cam kurang je. hahahaha! nanti nak balik rumah nak mintak mak buatkan. buat sebiji pon jadi lah...asal aku tak mengidam. cewahhh~ ;)




with teha (:

teha, G.. semangat nak g bazar. huu