17 august 2012.
Tepat jam 10.40 pm bas ke kuala terengganu bertolak dari
perkarangan kolej kejururawatan pulau pinang. Punye la penat tunggu sampai siap
tersilap naik bas budak2 dental, MA. Uhuhu.. malu seh.. -.- then bus kiteorang
yan last sekali sampai and bertolak. Perjalanan dalam 8 jam jugak la. Pukul
7.30 pagi sampai terengganu. Then , my abah pick me up. Rindu abah sesangat. Ye
la, ingatkan tahun ni tak dapat raya sekali ngan abah coz kena bertugas kat
East Timo. But.. alhamdulillah dapat beraya dengan abah. Complete family. XD
sampai je rumah aku terus basuh baju yang tak sempat terbasuh. Then kemas2
bertolak balik pahang. Penat toksah nak cakap la. Dalam kete aku asyik buat
taik mata je.. hehehe. Around 5 pm sampai la kampung abah, raub. Excited jumpa
sepupu sepapat coz dah lama tak balik sini. Biasa raya kat terengganu je
kampung sebelah emak. Hukhukhuk.. malam tu kiteorang berhempas pulas pusing
segala bagai buat rendang, bakar lemang, rebus ketupat, kacau dodol and bakar
ayam ! hewhewhew..ada la dalam 5 ekor kot kiteorang balun ayam tu. Macam lepas
geram selepas sebulan puasa. Hahahaha. Tapi kebanyakannya aku just tengok je
and tolong la jugak. Tolong makan. Hehehe. Dah ramai sangat yang buat aku
tengok je la.
19 august 2012.
Bangun awal siap2 nak beraya. Ngantuk sesangat.. semalaman
mata terbukak je..huhu. selepas balik sembahyang raya and ziarah kubur opah dan
atuk, mulalah sesi maaf-bermaafan and tuntut duit raya. Hewhewhew~ al-maklumlah
dah besau2 ni kurenggg sikit dapat duit raya. Sobsobsob.. macam2 la adegan and
ragam dieorang sume. :D lepas tu, sesi bergambar. Berpeluh taw photoshoot
tengah2 panas. Mane la tak panas lau time tu memang 12 noon ! =.=’ lepas tu,
kiteorang pergi umah moyang. Kat sebelah umah je. Eheh. Makan sampai tak bleh
nak bangun then pergi umah kawan masa kecik2 dulu. Uhuk... mengeeratkan
silaturrahim. :D smpai petang la jugak
jalan2. Balik tu sume terbongkang macam tak cukup nafas je. Hahahaha ! malam tu
pulak buat suprise birthday dekat cousin2. 3 orang la birthday girl. Huhuhu..
honestly ! aku memang tak taw pon. Patut la petang tu dengar dyeorang cakap2
pasal malam ni. Aku ingatkan nak buat apa. Uhuk... gempak la jugak sampai
birthday sebak and terharu. Hihihihi.... then kumpul ramai2 borak2, cite sana
sini and usik segala bagai. Yang penting dyeorang sporting and happening !!!!
aku asyik gelak je duduk sini. * dah lama tak balik kan cam ni la * :P
20 august 2012.
Petang tu keluar beraya lagi. Raya dan raya dan raya.
Walaupun aku ni fizikal nampak besar tapi mental macam2 budak2. Still dapat
duit raya. Suke suke! Hewhewhew. Malam selepas isyak, kami buat majlis tahlil
tuk arwah opah, atuk, sedare2 yang dah pergi dulu menghadapNya. Sayu jugak la
malam tu.
21 august 2012.
Bangun pagi2 terus pergi KL coz nak lawat mak cik yang
sakit. Dye ngan family tak dapat balik kampung coz mak cik sakit. So, kiteorang
pergi lawat dye. Lepas zuhur kiteorang bertolak balik ganu. Seb bek jalan clear
tak jammed. Hohoho... penat toksah cakapla. Sampai rumah terus tidur dengan
perut lapar nye.. huhuhu
| siblings :) |
| sepupu sepapat |
| umah opah~ |
No comments:
Post a Comment